28 October 2010
Dah boleh berjalan :)
Semua gambar-gambar kat atas tu.. insyirah naik basikal baru, nenek yang bg.. bile dpt basikal a.k.a 'pon-pon' baru nenek bg syarat.. "basikal pon-pon tinggal sini, nak naik pon-pon kena datang umah nenek deh.." aiyaa.. pandai betul nenek berpolitik hehe.
Oklah ummi nk cerita, tanggal 27 Oktober 2010 a.k.a semalam, secara rasmi anak sulung ummi yg comel ni dapat berjalan .. sungguh ummi tak jangka, sbb insyirah baru sahaja boleh berdiri tegak tanpa bantuan dlm 4-5 hari sblm tu. Ummi seronok, hepi dan bahagia sekarang smpai tak tau apa yang nak ditulis :-) anak ummi semakin hari semakin cerdik, gigi pun dh tumbuh 6 batang, campur gigi geraham 8 batang tp smpai sekarang masih lg tak boleh nak ambil gambar gigi nya tu.
Bercakap pasal belajar berjalan ni, sbnrnya insyirah dh mula menampakkan ciri2 mcm nak berjalan awal 10 bln yang lepas.. kaki insyirah nampak cukup kuat untuk menampung badan dan tak terumbang ambing bila berdiri.. tp tiba2 merangkak pulak.. ummi tak kisah asalkan insyirah sihat je hehe.. smbil meniti dan menatih, insyirah laju merangkak bak kata orang mcm askar! hehe.
Dan yang pasti... ummi tak sabar nak belikan insyirah selipar dan kasut yang baru .. bole pakai bila insyirah nk keluar rumah dan sambut raya haji nanti ye nak :)
Subscribe to:
Posts (Atom)