... Doa Seorang Ummi...

"Ya Allah Ya Tuhanku...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, perbanyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan... Aku halalkan setiap titis air susuku yang mengalir ditubuhnya, jadikanlah dia seorang anak yang solehah dan beriman... AMIN..."

27 December 2010

Insyirah pelengkap gaya..

0 comments
salam anak ummi..

sabtu lepas, 25-12-2010, insyirah ke Alor Gajah Melaka hadir ke Majlis Bertandang Cik Ti-Ayah Wan.. jam 2 ptg, matahari atas kepala.. tapi tak menjejaskan keceriaan anak ummi, alhamdulillah.. syukur pada tuhan tiap kali bawa insyirah jalan2 ke mana2 letih macamana pun insyirah tak pernah meragam.. ummi dan ayah berharap insyirah akan sentiasa berpekerti mulia begini sampai bila2... tengoklah aksi2 insyirah kat kenduri tu ye nak..

tetiba insyirah jadi flower girl :)

insyirah jadi ketua artis berkumpulan :)
(dari kiri : tok ayah, ayah wan, insyirah, cik ti, nenek)

insyirah ralit pandang kamera besar :)

di sebalik gambar ni ummi terpaksa menari supaya insyirah pun menari!

keluarga besar insyirah sblh ummi..
(missing cik da terpaksa g ganu)

22 December 2010

Cake Moments Contest by Reza-Nani-Delite

2 comments
Salam.. dah lama tak berblogging.. saja ummi berjalan2 ke blog kawan2 insyirah, rupa2nya mama emran n edlan wat contest.. ada masa ni.. ummi join laa.. mana tau ada rezeki insyirah kan :)

Syarat2 Penyertaan :

1) Follow blog Reza-Nani-Delite & blog Reza-Nani-Kids (tengkiuuu...hehe) -done :)
2) Like Reza Nani Delite's Fan Page @ Facebook ;-) -done :)
3) Friends dengan Reza Nani Delite nye Facebook ;-) -done :)
4) Letak contest banner yg kt atas tu kt side bar blog masing2...tp resize le ikut side bar memasing nye kesesuaian yer...hehe...then link ke posting ini... -done :)
5) Tinggalkan komen pd posting ini shj utk emy jejak blk penyertaan u all ;-) -done :)

Gambar Penyertaan :

1) Buat 1 posting bergmbr dkt blog memasing dgn tajuk Cake Moments Contest by Reza-Nani-Delite -done :)
2)Letak SATU gmbr u all yg sedang beraksi dgn kek.....tgh mkn kek ker....tgh potong kek ker....
-done :) .. ni dia gambarnya :

~ Kategori Kids ~

3) Mention u all nk join Kategori Kids atau Kategori Adults ..
-done :) oleh kerana birthday anak ummi sayang ni.. so ummi decide untuk calonkan gambar ni untuk Kategori Kids.. ada rezeki insyaAllah dapatlah kerusi yg comel tu untuk insyirah :)

10 December 2010

Dapat carseat baru

2 comments

Anak ummi sekarang ni dah berusia 1 tahun 5 bulan.. semakin tinggi lampai, jadi dah tak sesuai pakai car seat lama... tok ayah pun dah bising2 sbb carseat yang lama tak mampu tampung 'kepanjangan' badan insyirah.. ummi dan ayah ada berhasrat untuk belikan yang baru.. thanks to mak long tini dari bargain berriesse sbb sudi bagi harga istimewa untuk insyirah, siap dapat bantal tido warna merah yang comel lagi! hehe.

Kepada kawan-kawan yang nak dapatkan barang-barang bayi yang sangat cantik dan harga yang sangat berpatutan bolehlah berkunjung ke kedai mak long tini ya! yang duk jauh2 tu bolehlah lawat website untuk special iteam n disc.! :-)

Note : baru terbaca artikel tentang bayi yang terkena kuning di website sarakids.. harap kawan-kawan pun baca, ambil manfaat dan sebarkan ya! jgn cepat melatah wahai kaum ibu dgn memberi susu kambing, air kosong, air kundang, etc....

29 November 2010

Jom jalan kat MAHA 2010!

2 comments
macam model iklan arnab je anak ummi ni ;-)

salam semua... haa... kawan2 insyirah sume dah pegi MAHA 2010 lum? sume orang menanti peristiwa bersejarah ni.. sejak hari pertama lagi dah ramai pengunjung.. insyirah pun tak lepaskan peluang, alhamdulillah diberi kesihatan yang baik, ummi dan ayah bawa insyirah pegi MAHA pada hari yang kedua.. kata ummi sambil2 menjenguk sua rasa tv9.. hihi :)

alhamdulillah seawal jam 9 pagi ummi, ayah dan insyirah dh bertolak dari rumah, jadi tak lah berhimpit dengan kereta yang sgt bnyk.. cuaca ok + ramai orang + seronok + bnyk perkara menarik.. tu yang dapat disimpulkan.. bila dah menjengah ke tengahari, insyirah yang leka jalan2 ngan ummi ayah kat sua rasa, nenek telefon kata nk jalan sama2 kat maha bila mereka dah smpai.. so pagi gi sua rasa.. petang g maha.. meh la tgk2 gambar insyirah ni ye nak!

kat booth segmen Halaqah tv9..
tangan menggaru2 tu ade makna tu.. eating time la ummi :-)

Lepas minum susu time to sleep pulak..
tumpang booth halaqah kejap :)

Pas solat zohor jumpa dengan nenek..
Nenek bawak g tengok arnab yang comel..
Next 2 years insyirah dh boleh masuk main2 n pegang rabbit yang comel tu ye nak :)


sampai rumah dah waktu malam...
time to sleep.. gudnite sume :)

28 October 2010

Dah boleh berjalan :)

0 comments


Semua gambar-gambar kat atas tu.. insyirah naik basikal baru, nenek yang bg.. bile dpt basikal a.k.a 'pon-pon' baru nenek bg syarat.. "basikal pon-pon tinggal sini, nak naik pon-pon kena datang umah nenek deh.." aiyaa.. pandai betul nenek berpolitik hehe.

Oklah ummi nk cerita, tanggal 27 Oktober 2010 a.k.a semalam, secara rasmi anak sulung ummi yg comel ni dapat berjalan .. sungguh ummi tak jangka, sbb insyirah baru sahaja boleh berdiri tegak tanpa bantuan dlm 4-5 hari sblm tu. Ummi seronok, hepi dan bahagia sekarang smpai tak tau apa yang nak ditulis :-) anak ummi semakin hari semakin cerdik, gigi pun dh tumbuh 6 batang, campur gigi geraham 8 batang tp smpai sekarang masih lg tak boleh nak ambil gambar gigi nya tu.

Bercakap pasal belajar berjalan ni, sbnrnya insyirah dh mula menampakkan ciri2 mcm nak berjalan awal 10 bln yang lepas.. kaki insyirah nampak cukup kuat untuk menampung badan dan tak terumbang ambing bila berdiri.. tp tiba2 merangkak pulak.. ummi tak kisah asalkan insyirah sihat je hehe.. smbil meniti dan menatih, insyirah laju merangkak bak kata orang mcm askar! hehe.

Dan yang pasti... ummi tak sabar nak belikan insyirah selipar dan kasut yang baru .. bole pakai bila insyirah nk keluar rumah dan sambut raya haji nanti ye nak :)

23 September 2010

Si comel semakin cerdik..

0 comments
salam.. lama betul ummi tak update blog insyirah.. sorry syg, bnyk betul kekangan tak sempat ummi nk update blog. just amik gambar di sini di sana, hari ni br sempat. itupun br lepas sembuh dari demam yg melanda akibat bengkak susu. mana taknya sejak masuk umur 1 thn ni, insyirah dh suke main2 dgn susu.. kejap je menyusu dah sambung main.. ntah kenapa merajuk pula smpai ummi terkena bengkak susu..

1 syawal dah berlalu.. hal yg sama berlaku ummi tak sempat nk wat kad elektronik dek kerana 3 hari sblm raya ummi diberi tugas utk siapkan urgent task. org lain dh sibuk pos kad elektronik masing2 kita sempat bc pas cuti raya je.. takpelah bagi pihak keluarga insyirah ummi ucapkan selamat hari raya idulfitri.. mohon maaf zahir dan batin andai tersalah kata tersilap bahasa, terminum, termakan dan apa-apa kesilapan yang lain ye.. semoga ikatan persaudaraan kita sesama Islam semakin utuh.. amin..

oklah, sambung cerita perihal insyirah.. semakin besar semakin cerdik anak ummi sorang ni. antara perkembangan insyirah :
- dl seorang yang tegar a.k.a tak takut air, tp sekarang nk masuk bilik air je dh menjerit menangis semacam.. kalau sakit pun anak ummi tak mcm tu.. hehe
- dh tumbun gigi 4 btg, 2 ats, 2 bwh... tp ummi langsung tak de kesempatan amik gambar sbb tiap kali nk amik gambar ada saja aksi insyirah yg tak menampakkan giginya. nnt ye ummi akan try lagi hehe
- dh pandai ikut apa org cakap dgn jelas.. sbb tu ummi dan ahli keluarga berhati2 apa yang nk diungkapkan.. bukan takat kata-kata, malah memek muka dan perbuatan amat cepat dipelajari!
- dh pandai memanjat.. latest.. dlm kete ms balik raya kg, ummi letak insyirah di kerusi tgh, siap pakai seatbelt.. bayangkan mcmana dia bole buka seatbelt tu pastu bangun, panjat carseat alih2 ayah terkejut tgk muka insyirah kat cermin pandang blkg dia! kepala insyirah atas kepala ayah! hohoho
- kalau naik kete pegi jalan2.. tiap kali kete berenti ayah keluar, cpt2 insyirah lompat ke kerusi driver utk amik alih tugas ayah! mehla tgk gambar tugas insyirah sbg driver yee.. (tiap kali tu la ummi mengucap bnyk kali.. cpt2 kunci pintu kereta, tarik kunci kereta drpd tempatnya, dan make sure ayah free gear n tarik break tgn.. risau ..)

amalan bagus sblm memulakan perjalanan.. baiki cermin pandang blkg dl..
ops.. ni dh lain ni. mencapai pewangi kereta dl.. hihi
pandai anak ummi handle stereng kereta..
tgklah sebelah tgn pun jadik!

lambat pulak org dpn tu ye.. dh kena hon..
sabar syg, ummi pun tak biasa guna hon

berehat ke .. nak wat pe pulak tu..

aaa.. tu dia
cari duit nk bayar tol rupanya
meneruskan pemanduan berhemah.. :)

04 August 2010

Selamat bertunang cik tie :-)

0 comments
17-07-10... ms ni ummi insyirah agak sibuk sbb cik tie bertunang, kena pulak hari ni ummi first class untuk sem baru ni.. tp ummi korbankan tak masuk kelas n teruskan join majlis cik tie.. nak.. kadang2 kita kena korbankan salah satu demi utk kepentingan keluarga kita.. nnt bile insyirah dah besar insyirah akan faham maksud ummi.. oklah.. hari tu insyirah jadi penyeri majlis.. terima kasih anak ummi sbb sudi berkelakuan yg sangat baik pada hari itu.. walaupun ummi tak sempat nk belikan baju cantik utk insyirah pakai n cik tie pulak tersalah beli gaun yang tersalah tema.. tp anak ummi tetap yang paling comel pada hari itu hehehe :-)

tgkla anak ummi yg suke spoil kan gambar..
ayah, insyirah n cik tie yg dh jadi tunangan org..

03 August 2010

Duduk atas kerusi makan

0 comments
Salam anak ummi..

Last week ayah dapat 'durian runtuh' alhamdulillah... ayah bawak ummi dan insyirah pergi makan kat D'One Steak Bangi.. Untuk penggemar-penggemar steak dan makanan barat, bolehlah cuba berkunjung ke sini.. Mmm.. memang sedap tambahan orang belanja hehe. Untuk julung-julung kalinya.. ummi dan ayah letak insyirah duduk dalam kerusi khas si comel untuk makan.. dengan perasaan tak gayat n ok nyee.. insyirah selamba dekkk.. je.. ummi je yang agak tarik nafas dalam2 kot insyirah jatuh.. huhu.. aa.. jom tgk gambar lg..

di mana-mana.. lagak insyirah mcm seorang 'pegawai pemantau' hehe

cool je mcm dh biasa je ..

Lepas ni bole la kita makan kat mana-mana kedai eh.. sbb insyirah dh bole duk dalam kerusi anak comel :-)

14 July 2010

Jalan2 di Floria 2010

0 comments
Ayah, ummi dan insyirah..

Buat pertama kalinya pada hari Ahad yang lepas ummi dan ayah bawa insyirah keluar berjalan2 ke tapak ekspo. sebelum ni hanya bawa insyirah keluar ke pusat beli belah, paling teruk pun dedahkan insyirah kat kenduri kendara. Ummi dan ayah suke sangat la berjalan2 ke tapak2 pameran ekspo dan lain-lain tapi memandangkan usia insyirah masih kecil dan bnyk pulak masalah kesihatan yang melanda negara kita ni jadi ummi dan ayah tangguhkan dulu sampai insyirah usia insyirah dah matang. Alhamdulillah anak ummi dah 1 thn jadi ummi ada sedikit keyakinan untuk dedahkan insyirah di tempat yang penuh dengan manusia yang macam2 ni.. hehe.

Bila dimasukkan insyirah dalam kete comel macam ni la mukanya..
muka berperasaan 'suke + pelik' hehe.

tengok tu seronoknya dia..

untuk gambar dan cerita penuh.. insyirah tgk sajalah entry dalam blog ummi kat sini ye..

bila dah penat berjalan.. insyirah dah lapa, ummi bg susu n tido, sementara menanti ummi dan ayah makan char kueh teow kerang + air jambu yg sangat sedap..

berpeluh2 anak ummi tido dlm stroller..
nnt ummi carikan kipas eh..


08 July 2010

Kenduri kesyukuran insyirah..

2 comments
salam.. lama betul menunggu gambar2 dari auntie.. ummi tempek sajelah gambar2 yang tak seberapa, godek dalam tel kamera ummi eh.. ni dia..
anak ummi bersama baju nyee..
puas suda ummi cari baju murah + tutup aurat tp tak de sayang..
mujur ayah maafkan ummi hihi

kasih seorang ayah..
insyirah potong kek ngan ayah..
ummi? hehe kan insyirah tau ummi tak suke amik gambar time muka bertempek dgn minyak2..
hehe

ummi suap kek..
insyirah bole mkn ngan ayah jer..
ngan org lain meragam :(

07 July 2010

insyirah kena cucuk

0 comments
salam..

kelmarin ummi smpai umah awal, dah habis sume kerja, ummi teringat anak ummi dh masuk 1 thn, kena pegi klinik.. sejak bln 1 lepas, insyirah tak checkup2 smpai masuk 1 thn ni. lama jugakla ummi bukak bekas simpanan barang2 berharga insyirah (punye la ummi risau buku merah insyirah yg sgt bermakna tu hilang), akhirnya jumpa.

terkejut ummi dibuatnya bila rupa2nya insyirah dh terlepas 1 appointment dengan doc! patutnya insyirah kena jupe doc masa usia dh masuk 9 bln = bln 3 yang lepas, tapi ummi terlupa.. reminder pulak off (ummi tak pasti sapa yg offkan hehehehe).

jadi dengan kadar selambanya ummi dan ayah sepakat nk bawak insyirah ke klinik hari ni juga. kebetulan ummi tak ada apa-apa meeting / appointment kat ofis hari ni, so bole buat kerja pelan2 kat umah n klinik sementara menanti masa berjalan.. biasalah kat umah nk tunggu ayah mandikan n mekapkan insyirah.. kat klinik tunggu turn kan..

sejujurnya ummi dan ayah nervous takut kena marah dgn cik2 nurse yg cun.. sbb terlepas checkup dan ummi ingat ms tu kena suntik campak.. tp rupa2nya bila jumpa doc diorg kata ms tu tak payah suntik, suntikan campak pada usia 9 bln hanya diberi untuk bayi yang tinggal di sabah sarawak.. jadi legalah ayah dan ummi.

hasil keputusan checkup kat klinik, berat insyirah skrg dah 8.2 (naik 2 kilo) dan tinggi insyirah dah mencecah 75cm.. tinggi betul anak ummi ni hehe. alhamdulillah perkembangan sume ok dan doc berpuas hati..

insyirah kena cucuk? haaa.. biasalah tak nangis, muka je berkerut n keluar suara manja skit2 je.. ummi je yg lebih2 berkerut2 muka ms nk kena cucuk hehee.. pas kena cucuk siap senyum2 kat nurse2 pelatih yg sgt ramai penuh dlm bilik hehe.. kalau tak caya insyirah still maintain cun ok jee.. nilah gambar insyirah pas kena cucuk .. :)

muka maintain cun tak? hehe

04 July 2010

dah 1 thn daa..

0 comments

Alhamdulillah... akhirnya usia anak ummi dah menjangkau 12 bln =1 thn.. ummi rasa seronok sgt2.. kerana hingga kini ummi masih mampu tampung keperluan susu ibu pada anak ummi.. sebenarnya kenduri kesyukuran sempena ulangtahun kelahiran pertama insyirah ni diawalkan seminggu dari tarikh sebenar, atas permintaan khas pok ucu, yg kena daftarkan diri pada 2 hari sblm hari lahir insyirah..

saat2 kenduri menjelang senja, tiba2 badan insyirah panas.. sejuk.. panas.. sejuk.. insyirah demam. sangka ummi insyirah demam biasa nk tambah bulan, rupa2nya ada sebab lain.. jumpe dr hassan, dr kata insyirah nk tumbuh gigi! alhamdulillah.. doa ummi supaya gigi insyirah tumbuh lambat termakbul.. ummi ada sbb sendiri, nk mudahkan penjagaan gigi insyirah tu.. kalau kecil2 dh tumbuh gigi, ssh juga dibuatnya..

4 hari insyirah ulang demam - tak - demam - tak.. alhamdulillah hari ni dah betul2 sihat.. bila dh naik tahun ni, lain pulak ragamnya.. tak bole salah sikit dah merajuk.. nk tau camne insyirah merajuk? hehe.. insyirah suke sgt palingkan muka.. tp kejap aje. ummi n ayah ada penawarnya hehe. masuk umur 11 bln ritu insyirah dh pandai lambai tgn sambil kata "babai".. skrg ni dh jelas panggil "ayah" dan "ummi".. dalam tempoh ni juga insyirah dh pandai meniru gerak gaya tgn, kaki dan lenggok badan bila lihat sesiapa saja. ummi harap insyirah hanya pandai tiru yang baik2 saja ye nak..

gambar-gambar kenduri ari tu.. auntie2 tak bg lagi.. nntlah bile auntie dah bg, ummi upload eh.. selamat hari ulangtahun syg.. semoga anak ummi jadi anak yang solehah dan diberkati Allah selalu.. ummi halalkan semua air susu ummi untukmu sepanjang satu tahun ni...

01 July 2010

Emosi ummi

0 comments
salam.. hehehe.. bagi yg bergelar ummi tentu tau kenapa ummi tulis tajuk camtu. itulah emosi ummi, bila anak kecil cergas + cerdas + aktif.. rumah berselerak dikemas si comel ummi, dlm kete pun ligat semacam mengemas barang2.. ms tu rasa nk sgt anak ummi tido...

teka apa insyirah main?

pewangi kete!

tp bile ummi tatap wajah anak ummi... ummi tak sampai hati.. sayu hati bile kenang kembali waktu ummi naik geram.. insyirah hanya seorang anak kecil yang cuba ekspresikan diri dgn alam sekelilingnya... ummi istigfar seorang diri... ....

anak ummi tido kat majlis tahlil org..
mcm kat umah sdr je hehe :)

wajah yang melunturkan naluri keibuan ummi..

18 June 2010

cik insyi main air

0 comments
salam..

heheh.. saje nk update blog utk anak ummi, kalu insyirah nk tau hari ni hari lahir ayah, 18-06-10.. sempena berapa tahun insyirah kena kira sdr hehe.

oklah kita tutup bab ayah punye besday, sbb nk tau lbh lanjut insyirah kenalah tgk blog ummi lg satu eh.. kita tgk lagak insyirah yg mmg ligat ms kecil2 ni :) gambar ni ummi amik ms ummi n ayah duk siap2.. kita nk g kenduri auntie mazia @ serdang 12 jun yang lepas.. tp tgkla apa anak ummi buat..

cik insyi tak perasan ada kamera memerhatikannya!

haa.. ni gaya org tekejut nk kata "ummi insyirah x buat!"

amboi.. setelah dipujuk heheh

bila pujuk camni laa.. cubaan kali kedua hehe

gaya anak ummi tlg 'lapkan' meja

ni perasan nk tangkap kamera tp tak jadi sbb tekejut!

akhirnya terkejut.. ntah apa tangannya ligat pegang tuh

mata tgk tv.. tp tgk tangannye?
 

Nasnizal's Kids Corner - Permata Hati Umi & Ayah Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez