... Doa Seorang Ummi...

"Ya Allah Ya Tuhanku...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, perbanyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan... Aku halalkan setiap titis air susuku yang mengalir ditubuhnya, jadikanlah dia seorang anak yang solehah dan beriman... AMIN..."

18 June 2010

cik insyi main air

0 comments
salam..

heheh.. saje nk update blog utk anak ummi, kalu insyirah nk tau hari ni hari lahir ayah, 18-06-10.. sempena berapa tahun insyirah kena kira sdr hehe.

oklah kita tutup bab ayah punye besday, sbb nk tau lbh lanjut insyirah kenalah tgk blog ummi lg satu eh.. kita tgk lagak insyirah yg mmg ligat ms kecil2 ni :) gambar ni ummi amik ms ummi n ayah duk siap2.. kita nk g kenduri auntie mazia @ serdang 12 jun yang lepas.. tp tgkla apa anak ummi buat..

cik insyi tak perasan ada kamera memerhatikannya!

haa.. ni gaya org tekejut nk kata "ummi insyirah x buat!"

amboi.. setelah dipujuk heheh

bila pujuk camni laa.. cubaan kali kedua hehe

gaya anak ummi tlg 'lapkan' meja

ni perasan nk tangkap kamera tp tak jadi sbb tekejut!

akhirnya terkejut.. ntah apa tangannya ligat pegang tuh

mata tgk tv.. tp tgk tangannye?

04 June 2010

insyirah 11 bulan..

0 comments


salam,

hari ni, 4 Jun 2010, insyirah dah berumur 11 tahun.. ummi rasa mcm br je smlm ummi rasa mcm anak ummi ni br 1 thn hihi. masih dlm perasaan tidak percaya punya seorang anak, dan ummi masih rasa mcm masih single lagi (alamak! :)) rasa sekejap saja masa berlalu...

cerita tentang perkembangan insyirah spjg 4 minggu yang lepas, dalam usia 10 bulan insyirah dah mula merangkak dgn laju, walaupun sbnrnya insyirah dh mula angkat punggung di usia 6 bln, tp genap usia 10 bulan pada waktu entry yg lepas, tiba2 insyirah merangkak! masyaAllah.. satu keajaiban kerana terus merangkak laju. ummi dan ayah ingatkan insyirah dh tak mo merangkak kerana tiap kali angkat punggung, merangkak 2 langkah then kembali jatuhkan lutut dan meniarap laju. ramai org kata insyirah akan terus jalan, tp ummi sll berdoa agar ummi dpt lihat anak ummi merangkak, entah kenapa teringin walaupun 2 mg lepas bila dipimpin tgn insyirah dh boleh menatih perlahan2..

perkembangan kedua, alhamdulillah insyirah dh pandai memahami dan ingat perkara-perkara yang menjadi kebiasaan sehari2. antaranya insyirah tak akan buat perkara ummi tak suka (tp cubaan tu tetap ada sbb manja saja nk tarik perhatian ya!) dan sudah pandai memahami yang dia tidak boleh bermain suis, naik atas meja dan lain-lain bila disebut berulang kali perkataan 'bahaya'.

perkembangan seterusnya, insyirah dah mula kenal dan suka dengan barang-barang permainannya.. kalau dulu, entah apa-apa yang dia suka main dan tak pandai lagi bermain dengan anak patung, kali ni dia dah pandai, siap cium2 dan heret ke sana sini hehe. paling seronok bila skrg ni insyirah suka duduk bermain dalam bilik dia... owh.. rasanya ummi tak tunjuk lagi gambar bilik insyirah, kan? nanti ummi tunjukkan yee...

tips ibu bapa : kami suami isteri cuba untuk belajar agar sesuatu perkara yang 'tidak boleh' tidak ditegur dengan cara halangan tetapi menerapkan cara menerangkan sebab dan akibat. contohnya perkataan bahaya, sakit, nanti rosak memang insyirah faham alhamdulillah.. perkataan 'jangan' tidak akan diguna sama sekali kerana bila dah besar nanti itu akan memberikan tanda soal yang tiada jawapan untuk si anak..

03 June 2010

Tangan insyirah luka..

0 comments
salam..

baru-baru ni, tanggal 23 hb tgn insyirah terkena seterika panas..
ceritanya berbunyi begini.. malam tu, dalam keadaan berjaga-jaga ayah dan ummi bergilir2 gosok baju kerja masing-masing, mula-mula ayah gosok baju, ummi main dgn insyirah, dan mcm tu juga ms ummi nk gosok baju, ayah nk main-main dgn insyirah.
ummi dan ayah gosok baju dlm bilik lepak2 @ bilik barang2 @ bilik lipat baju. lepas dh siap sume, ummi pun bg ayah 'lepaskan' insyirah, biar kan dia masuk ke bilik tu konon2 nk biar dia main temankan ummi yg duk kemas stok2 barang yang customer pesan nk pos esoknye.
nak dijadikan cite, anak ummi bole pulak la terjumpa @ ternampak iron yg ummi dh letak dan ikat elok2 kat tepi dinding! mak ai... nasib x menyebelahi insyirah sbb seterika tu panas, dia cuba angkat n seret seterika tu(agaknye) terkenalah tgn kanannye yg comel tu... menangisla si kecil kelam kelibut ayah dan ummi...

luka di hari ke-2

dekat sikit..

then untuk bg insyirah tenang dan kurangkan kesakitan, ummi bg insyirah menyusu (nota : memberi susu ibu adalah cara terbaik untuk tenangkan bayi anda ye ibu2), sambil ayah sapukan ubat gigi kat luka tadi. alhamdulillah tak smpai beberapa minit insyirah dh lepaskan susu, siap senyum n duduk lagi! ummi dan ayah pulak konpius heheh...

dapat ambil gambar time insyirah tido je ..

skrg alhamdulillah dh hampir sembuh, tp ummi x sempat nk ambil gambar sbb sgtlah susah nak ambil gambar insyirah skrg nih! dan makin cerdik, kan? hehehe
 

Nasnizal's Kids Corner - Permata Hati Umi & Ayah Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez