... Doa Seorang Ummi...

"Ya Allah Ya Tuhanku...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, perbanyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan... Aku halalkan setiap titis air susuku yang mengalir ditubuhnya, jadikanlah dia seorang anak yang solehah dan beriman... AMIN..."

23 October 2011

Hadir ke majlis doa selamat dan tahlil

0 comments
Pagi ni kita pergi rumah kawan surau ayah kat seksyen 1 bangi, untuk kenduri doa selamat dan tahlil sempena ibu kawan ayah nak pergi tunaikan haji.. cantik insyirah berbaju jubah dan tudung yang nenek bagi. Kita dalam kereta ni, insyirah makan crab stick sementara tunggu ayah dan kawan-kawan ayah duk borak kat luar kereta..
cuba kalu orang lain duduk terselak macam ni... mesti insyirah cakap... "tutup... tutup.. malu laaa..." tp insyirah sendiri tak perasan suka duduk terselak camni hihi....
mula dah... menunjukkan gaya... bile tau ummi nak ambil gambar! ;-)
insyirah duk berceloteh...
sekarang sangat suka bercerita.. tak henti2.. sampai ummi pun tak sempat nk jawab semua pertanyaan dan kata2.. hihi.

21 October 2011

Jalan2 di Taman Wetlands Banting

0 comments
hari ni sabtu, asyik berjalan setiap minggu, minggu ni tak da program awalnya, jadi kita lepak-lepak kat rumah aje la. ayah dah keluar pergi main badminton dengan kawan-kawan sesuraunya di sg tangkas. ni gambar insyirah betul2 lepas mandi dan sikat rambut.. "ummi, amikkan gambar annur asyirah comel.." hihi.. kelakar ummi dengar insyirah cakap macam tu :)
tiba-tiba ayah balik dari main badminton bagitau geng2 surau nak pegi taman wetlands kat banting, ade ekspo katanya. ajak ummi dan insyirah sekali, since kerja-kerja rumah semua dah setel, so ummi ok aje la... kita siap2 then kita pergi sana..

patutnya ada gambar haiwan atau hidupan liar kat situ... tapi tak tau kenapa tak ada pulak haiwannya.. yang ada cuma seekor kuda yang diimport masuk oleh polis.. tak pe lah ummi amik gambar2 insyirah aje la eh..
nape entah anak ummi kerutkan muka... :)
tak de gambar menarik, jadi gambar2 anak ummi je la yg boleh diambil..
tengok tupai kat atas atap..
mujur takde cicak, nak!
tiba2 ada ahli surau wat birthday party utk anak dia a.k.a kwn insyirah, so insyirah dptlah makan kek coklat dan kerepek yang sedap hihi :)

20 October 2011

Dia sudah 2 tahun 3 bulan..

0 comments
arini ummi ade training kat ofis, tapi tiba-tiba rasa rindu kat insyirah dan ayah hihi... belek2 gambar insyirah tempek la kat blog ni ... ummi suke gambar2 insyirah duk menepek kat ummi :)
tau tak insyirah kat mana ni? aaa... kita berdua sebenarnya nak pergi beraya kat nilai, ummi bawa kereta, insyirah tiba2 mengantuk n mintak susu. lepas bayar tol bangi, sambil2 tunggu acik ina nk konvoi sama, insyirah ummi letak atas riba dan hisap susu.. terlena anak ummi..
alhamdulillah perjalanan berjalan lancar, tiada apa masalah berlaku di highway, ibu-ibu sekalian jangan risau, bila jadi begini, banyak2 doa pada Allah semoga dijauhkan bala dan bencana. yang penting jangan lupa ikat kita dan anak pakai seat belt. dah alang-alang dah mula gerak, tak best pulak nak patah balik ke rumah...

04 October 2011

Insyirah dan teddy bear nyee..

0 comments
As salam anak ummi, wat kali pertama insyirah dapat bergaya sakan dgn teddy bear, hadiah pemberian ayah dan ummi sempena ulangtahun kelahiran ke-2..
Anak ummi ada position baru untuk tengok tv dan baca buku... dengan berlatarbelakangkan bearnyee.. hehe. Tengok gambar atas tu.. pantang org pegang telefon, mulalah insyirah kata, "ummi, amik gambar asyirah..." hehe..
intai tv... sambil2 pilih buku mana yg nak dibaca :)
owh anak ummi.. rambut yang berserabut itu.. :)
and ok.. last action hehe..
 

Nasnizal's Kids Corner - Permata Hati Umi & Ayah Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez