... Doa Seorang Ummi...

"Ya Allah Ya Tuhanku...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, perbanyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan... Aku halalkan setiap titis air susuku yang mengalir ditubuhnya, jadikanlah dia seorang anak yang solehah dan beriman... AMIN..."

05 April 2011

Cameron Day 2

0 comments
Hari ni, 4 April 2011 genaplah insyirah berumur 1 tahun 9 bulan, tahniah nak.. dah besar dah anak ummi, dah pandai gosok gigi sendiri, dah pandai jawab telefon bila ada org call hihi.. (dan sebab itu juga ummi pendamkan dlm hati nak upgrade ke hp baru... risau nak..)

oklah kita tengok gambar anak2 ummi masa hari ke-2 kita jalan2 kat cameron ye..

seawal pagi bergerak ke MARDI Cameron Highlands, insyirah sonok dapat makan dadih strawberry... sedap ye nak..

lepas tu kita bergerak ke strawberry park resort, tak dapat join apa2 aktiviti yang dioffer, sebab hujan renyai2.. just amik gambar kat buggy yg comel ni je laa.. hehe

tengok tu.. punyela sonok naik n bawa buggy, sampai liat nk amik gambar ngan ummi ye :)
bila masing2 dah letih, balik rumah utk makan dan solat zohor, insyirah pun sama sibukkan diri masa auntie2 nak transfer gambar kamera ke telefon...

lepas asar, macam biasa.. dalam hujan renyai insyirah dan sume orang pegi jalan2 kat pasar malam pekan Brinchang..

malam hari wat small barbeque, tapi tak dapat amik bnyk gambar insyirah, just amik gambar insyirah makan ngan cik ru, tak sempat apa2 insyirah minta susu dan tertido atas peha ummi... :)
sampai sini dulu.. untuk entry hari ke-3 nanti ummi update ye nak..
 

Nasnizal's Kids Corner - Permata Hati Umi & Ayah Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez