... Doa Seorang Ummi...

"Ya Allah Ya Tuhanku...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, perbanyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan... Aku halalkan setiap titis air susuku yang mengalir ditubuhnya, jadikanlah dia seorang anak yang solehah dan beriman... AMIN..."

15 July 2009

Majlis cukur rambut


Alhamdulillah dengan IzinNya hasrat untuk menama dan mengisytiharkan nama penuh Insyirah telah sempurna dijalankan pada 10 Julai 09 bersamaan hari Jumaat yang lalu.

Satu majlis kesyukuran kecil-kecilan diadakan kat umah tok ayah dan nenek kat kajang.. ni gambar-gambarnya..

Majlis dimulakan dengan bacaan selawat ke atas nabi Muhammad dan bacaan yasin oleh tok ayah, ayah dan ayah ngah serta barisan-barisan kaum wanita kat umah tu..

Tok ayah memulakan upacara mencukur rambut Insyirah

Diikuti dengan ayah

"alamak ayah, nape ni?" wat suspen je... hehe

Tok ayah cuit sikit air zam zam dan buah kurma tanda pecah mulut.
Insyirah makan apa saje yg disuap.. yummy.. hehe

Ayah ngah pulak amik peluang cukur rambut Insyirah..

Pastu cik ti la pulak..

Nenek pun cukur rambut Insyirah gak, tp gambar tak dapat disiarkan atas sebab-sebab peribadi.
Semoga Insyirah selalu diberkati oleh-Nya.. amin ya rabbal alamin!

0 comments on "Majlis cukur rambut"

 

Nasnizal's Kids Corner - Permata Hati Umi & Ayah Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez