... Doa Seorang Ummi...

"Ya Allah Ya Tuhanku...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, perbanyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan... Aku halalkan setiap titis air susuku yang mengalir ditubuhnya, jadikanlah dia seorang anak yang solehah dan beriman... AMIN..."

04 June 2010

insyirah 11 bulan..




salam,

hari ni, 4 Jun 2010, insyirah dah berumur 11 tahun.. ummi rasa mcm br je smlm ummi rasa mcm anak ummi ni br 1 thn hihi. masih dlm perasaan tidak percaya punya seorang anak, dan ummi masih rasa mcm masih single lagi (alamak! :)) rasa sekejap saja masa berlalu...

cerita tentang perkembangan insyirah spjg 4 minggu yang lepas, dalam usia 10 bulan insyirah dah mula merangkak dgn laju, walaupun sbnrnya insyirah dh mula angkat punggung di usia 6 bln, tp genap usia 10 bulan pada waktu entry yg lepas, tiba2 insyirah merangkak! masyaAllah.. satu keajaiban kerana terus merangkak laju. ummi dan ayah ingatkan insyirah dh tak mo merangkak kerana tiap kali angkat punggung, merangkak 2 langkah then kembali jatuhkan lutut dan meniarap laju. ramai org kata insyirah akan terus jalan, tp ummi sll berdoa agar ummi dpt lihat anak ummi merangkak, entah kenapa teringin walaupun 2 mg lepas bila dipimpin tgn insyirah dh boleh menatih perlahan2..

perkembangan kedua, alhamdulillah insyirah dh pandai memahami dan ingat perkara-perkara yang menjadi kebiasaan sehari2. antaranya insyirah tak akan buat perkara ummi tak suka (tp cubaan tu tetap ada sbb manja saja nk tarik perhatian ya!) dan sudah pandai memahami yang dia tidak boleh bermain suis, naik atas meja dan lain-lain bila disebut berulang kali perkataan 'bahaya'.

perkembangan seterusnya, insyirah dah mula kenal dan suka dengan barang-barang permainannya.. kalau dulu, entah apa-apa yang dia suka main dan tak pandai lagi bermain dengan anak patung, kali ni dia dah pandai, siap cium2 dan heret ke sana sini hehe. paling seronok bila skrg ni insyirah suka duduk bermain dalam bilik dia... owh.. rasanya ummi tak tunjuk lagi gambar bilik insyirah, kan? nanti ummi tunjukkan yee...

tips ibu bapa : kami suami isteri cuba untuk belajar agar sesuatu perkara yang 'tidak boleh' tidak ditegur dengan cara halangan tetapi menerapkan cara menerangkan sebab dan akibat. contohnya perkataan bahaya, sakit, nanti rosak memang insyirah faham alhamdulillah.. perkataan 'jangan' tidak akan diguna sama sekali kerana bila dah besar nanti itu akan memberikan tanda soal yang tiada jawapan untuk si anak..

0 comments on "insyirah 11 bulan.."

 

Nasnizal's Kids Corner - Permata Hati Umi & Ayah Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez