Senyap seketika daripada di publish sebab ummi tak pasti insyirah betul2 nak wean-off ke tak.
Salam anak ummi..
Hari ni genap usia insyirah 2 tahun, 8 bulan, 3 minggu dan 6 hari. Minggu kedua April Tahun 2012, Insyirah mencatat sejarahnya yang tersendiri. Alhamdulillah sehingga artikel ini ditulis, sejak bulan itu, Insyirah dah tak minum susu ummi lagi.
Bercerita tentang tahap-tahap Insyirah nak bercerai susu, memang ummi mengaku tidak alami sebarang masalah.. ummi hanya biarkan semuanya berlaku secara semulajadi. Bukan ummi malas, tapi ummi nak Insyirah tau betapa besarnya kuasa Allah dalam setiap kejadiannya..
Dari awal lagi, ummi telah berhasrat dan berniat dalam hati hendak menyusukan Insyirah sebolehnya-bolehnya sehingga 2 tahun dan 5 Bulan. Genap umur Insyirah 2 tahun, ummi berhenti pam. Masa tu terasa betapa 'kosong'nya waktu. Kalau sebelum itu ummi terpaksa bergegas berkejar ke sana ke mari malah terpaksa mengundur diri daripada beberapa aktiviti semata-mata untuk pastikan ummi disiplin dalam mengepam. Terasa diri menggunakan masa 24 jam sehari yang Allah beri itu dengan sebaik-baiknya.
Jadi, setiap kali sampai di rumah waktu Maghrib, Insyirah akan menyusu dengan ummi selama dan sepuas yang boleh. Bukannya lapar hendak susu, tapi hendak bermanja! Ummi masih ingat lenggok mata anak ummi yang comel tu, sambil merengek2 nak dipeluk dibelai sambil disusukan. Maka ummi tetapkan untuk siapkan semua kerja rumah sebelum Insyirah dan ayah sampai di rumah, dan pastikan ummi solat Maghrib sejurus selepas masuk waktu untuk mengelak berlakunya 'kekecewaan' dalam diri anak comel ummi ni :)
Samalah juga, rutin sebelum pergi kerja, ummi pasti akan susukan insyirah sambil tunggu ayah panaskan engin kereta dan bawa kereta ayah ke garaj kereta. Rutin menyusu Insyirah yang lain seperti sebelum tidur, bangun di waktu malam dan di awal pagi dan di hujung minggu masih berterusan.
Namun, dengan kuasa Allah, setelah usia Insyirah menjangkau 2 Bulan 5 Tahun, secara automatik insyirah beransur-ansur kurangkan aktiviti rutinnya. Bermula dengan Insyirah dah tak mahu menyusu sejurus sampai di rumah waktu petang, kemudian tidak mahu menyusu sebelum ummi pergi kerja, tidak bangun malam, dan semakin kurang aktiviti menyusu di hujung minggu. Insyirah sendiri yang tidak mahu dan minta dibuat air susu coklat atau air kiwi (kordial). Insyirah berakhir dengan berhentinya rutin terakhir, iaitu menyusu sebelum tidur.
Allahu Akbar... besarnya kuasaNya menggerakkan hati dan naluri si anak kecil yang tidak tahu apa2. Semuanya berlaku secara semulajadi!
Maka para ibu, tidak perlu malu, tidak perlu segan, percayalah pada kuasa Allah, jika betul niat kita sebagai ibu, InsyaAllah akan dipermudahkan :-)

0 comments on "Proses cerai susu Insyirah"
Post a Comment