... Doa Seorang Ummi...

"Ya Allah Ya Tuhanku...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, perbanyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan... Aku halalkan setiap titis air susuku yang mengalir ditubuhnya, jadikanlah dia seorang anak yang solehah dan beriman... AMIN..."

04 June 2010

insyirah 11 bulan..

0 comments


salam,

hari ni, 4 Jun 2010, insyirah dah berumur 11 tahun.. ummi rasa mcm br je smlm ummi rasa mcm anak ummi ni br 1 thn hihi. masih dlm perasaan tidak percaya punya seorang anak, dan ummi masih rasa mcm masih single lagi (alamak! :)) rasa sekejap saja masa berlalu...

cerita tentang perkembangan insyirah spjg 4 minggu yang lepas, dalam usia 10 bulan insyirah dah mula merangkak dgn laju, walaupun sbnrnya insyirah dh mula angkat punggung di usia 6 bln, tp genap usia 10 bulan pada waktu entry yg lepas, tiba2 insyirah merangkak! masyaAllah.. satu keajaiban kerana terus merangkak laju. ummi dan ayah ingatkan insyirah dh tak mo merangkak kerana tiap kali angkat punggung, merangkak 2 langkah then kembali jatuhkan lutut dan meniarap laju. ramai org kata insyirah akan terus jalan, tp ummi sll berdoa agar ummi dpt lihat anak ummi merangkak, entah kenapa teringin walaupun 2 mg lepas bila dipimpin tgn insyirah dh boleh menatih perlahan2..

perkembangan kedua, alhamdulillah insyirah dh pandai memahami dan ingat perkara-perkara yang menjadi kebiasaan sehari2. antaranya insyirah tak akan buat perkara ummi tak suka (tp cubaan tu tetap ada sbb manja saja nk tarik perhatian ya!) dan sudah pandai memahami yang dia tidak boleh bermain suis, naik atas meja dan lain-lain bila disebut berulang kali perkataan 'bahaya'.

perkembangan seterusnya, insyirah dah mula kenal dan suka dengan barang-barang permainannya.. kalau dulu, entah apa-apa yang dia suka main dan tak pandai lagi bermain dengan anak patung, kali ni dia dah pandai, siap cium2 dan heret ke sana sini hehe. paling seronok bila skrg ni insyirah suka duduk bermain dalam bilik dia... owh.. rasanya ummi tak tunjuk lagi gambar bilik insyirah, kan? nanti ummi tunjukkan yee...

tips ibu bapa : kami suami isteri cuba untuk belajar agar sesuatu perkara yang 'tidak boleh' tidak ditegur dengan cara halangan tetapi menerapkan cara menerangkan sebab dan akibat. contohnya perkataan bahaya, sakit, nanti rosak memang insyirah faham alhamdulillah.. perkataan 'jangan' tidak akan diguna sama sekali kerana bila dah besar nanti itu akan memberikan tanda soal yang tiada jawapan untuk si anak..

03 June 2010

Tangan insyirah luka..

0 comments
salam..

baru-baru ni, tanggal 23 hb tgn insyirah terkena seterika panas..
ceritanya berbunyi begini.. malam tu, dalam keadaan berjaga-jaga ayah dan ummi bergilir2 gosok baju kerja masing-masing, mula-mula ayah gosok baju, ummi main dgn insyirah, dan mcm tu juga ms ummi nk gosok baju, ayah nk main-main dgn insyirah.
ummi dan ayah gosok baju dlm bilik lepak2 @ bilik barang2 @ bilik lipat baju. lepas dh siap sume, ummi pun bg ayah 'lepaskan' insyirah, biar kan dia masuk ke bilik tu konon2 nk biar dia main temankan ummi yg duk kemas stok2 barang yang customer pesan nk pos esoknye.
nak dijadikan cite, anak ummi bole pulak la terjumpa @ ternampak iron yg ummi dh letak dan ikat elok2 kat tepi dinding! mak ai... nasib x menyebelahi insyirah sbb seterika tu panas, dia cuba angkat n seret seterika tu(agaknye) terkenalah tgn kanannye yg comel tu... menangisla si kecil kelam kelibut ayah dan ummi...

luka di hari ke-2

dekat sikit..

then untuk bg insyirah tenang dan kurangkan kesakitan, ummi bg insyirah menyusu (nota : memberi susu ibu adalah cara terbaik untuk tenangkan bayi anda ye ibu2), sambil ayah sapukan ubat gigi kat luka tadi. alhamdulillah tak smpai beberapa minit insyirah dh lepaskan susu, siap senyum n duduk lagi! ummi dan ayah pulak konpius heheh...

dapat ambil gambar time insyirah tido je ..

skrg alhamdulillah dh hampir sembuh, tp ummi x sempat nk ambil gambar sbb sgtlah susah nak ambil gambar insyirah skrg nih! dan makin cerdik, kan? hehehe

31 May 2010

Keluar shopping

0 comments
salam semua..

hari sabtu lepas insyirah dgn ummi keluar temankan ayah cari barang.. dan hadiah untuk insyirah.. apa dia hadiah tu nanti la ummi updatekan erk.. asalnya ms turun dari kereta ummi dan ayah berteka teki nak pakai stroller ke tak.. (nak pakai sarung kanggaroo tertinggal kat umah hehe). last2 amik keputusan tak mo pakai stroller kot2 stroller akan jadi kete barang, ayah kata "meh ayah tlg dukung anak comel ni" ... ummi x sampai hati pulak biarkan ayah pilih dan cari barang sambil dukung insyirah yg *makin keberatan*, jadi ummi tlg dukung.. walla.. tetiba insyirah minta susu, sudahnye ummi dan insyirah duduk sajalah di tempat menunggu heheh.

jenoknye anak ummi tido..

skrg ni susah benar nak ambil gambar insyirah..
ms tido je la ms sesuai hehehe (ni gambar insyirah ke umminye ni?)


cak! ha.. serabai rambut anak ummi nih.
dimaafkan sbb br bgn tido heheh

07 May 2010

Di usia 10 bulan...

0 comments
suke tutup muka ms menyusu :)

*-entry lama yang diusik kembali-*

jam skrg dh hampir ke pukul 12 t.mlm.. ummi x dpt lelapkan mata dari tadi kerana tak tertanggung gigi yg berdenyut2 kesakitan. hajat nk update entry, br je upload gambar insyirah terjaga merengek mencari 'minumannya', jadi ummi terhenti seketika.

20 minit berlalu, ummi angkat kaki insyirah letak kat atas tilam (insyirah sgt suke peluk ummi dan letak kaki atas peha ummi waktu like kaki ummi cam bantal peluk dia esp waktu tido atau menyusu) dan pastikan insyirah dh lena tidur, ummi bangkit kembali nk habiskan cerita ummi untuk anak ummi ni.

sebenarnya hasrat ummi untuk tidurkan insyirah dgn bacaan selawat dan bacakan cerita, tapi buat masa ni tak kesampaian memandangkan bila ummi kuatkan volume suara ummi anak ummi ni tak jadi tido... menyusu kejap pastu angkat kepala then senyum... senyum yg menakutkan sbb tu tanda anak ummi masih cergas nk bermain! hehe. so ummi tidokan anak ummi dgn cara menyusukan sambil selawat dalam hati je... harap2 selawat yang ummi selalu dendangkan itu akan jadi penawar tidur yang paling mujarab utk anak ummi selamanya :)

oklah kita cerita pasal lain pulak... kemarin, tanggal 02 Mei 2010 genapla usia ummi insyirah ni 29 tahun, ummi sgt2 gembira dpt meraikan bersama anak ummi. tahun lepas, anak ummi masih dalam perut, kali ni ada di depan mata. tentunya ia saat paling menggembirakan buat ummi... kehadiran anak ummi insyirah amat bermakna memandangkan saat ni ayah tiada kerana perlu pulang ke kampung tunaikan tanggungjawabnya sbg anak.. kita tak dpt balik sbb ummi dan ayah risau mcmana keadaan anak ummi kalau naik bas! paham2 sajalah anak ummi yg ligat cergas ni, hehe...

bukan itu yang nak diceritakan sebenarnya.. yang penting nak diceritakan anak ummi dah genap 10 bulan 2 hari selepas itu, iaitu pada 4 Mei 2010.. alhamdulillah, dan makin besar tinggi anak ummi ni. hampir semua orang yang jumpa tekejut tgk anak ummi yang makin tinggi a.k.a kaki katih pjg! hehe. apa2pun ummi mengucapkan syukur alhamdulillah nikmat Allah beri pada ummi, anak yang sangat2 baik mendengar kata, semoga anak ummi jadi anak yang solehah hingga akhir hayatnya... ye..

anak ummi yg dh makin besar.. dan tinggi hihi

tidak apa yang ummi harapkan hanyalah berdoa sepanjang masa agar anak ummi sentiasa berada dalam keadaan sihat, terpelihara akhlak dan keperibadianmu dan hidup sejahtera di bawah lindungan rahmah Ilahi.. semoga perjalanan hidup anak ummi tidak dirumitkan dengan pelbagai masalah, semoga anak ummi sentiasa berada dalam iman yang teguh... dan semoga segala yang baik hanya untukmu sayang.... aminn..

03 May 2010

Di usia 9 bulan...

0 comments
Alhamdulillah.. anak ummi kini dah berusia 9 bln.. dlm 2,3 hari lagi akan menjengah 10 bulan.. walaupun insyirah dikatakan kekurangan dr sudut perkembangan fizikal... ummi tak kisah langsung apa kata orang. yang penting ummi dh niat minta pada tuhan semoga ummi dapat lihat satu persatu perkembangan fizikal, emosi dan mental anak ummi sendiri..

nampaknya insyirah tak suka kedudukan merangkak.. dia lebih suka meniarap.. skrg ni, kalau ummi jalan ke dapur, tak semena2 muka si comel ummi dh terjegil senyum2 tanda minta izin nk menyemak sama. apatah lagi kalau sekadar nk masuk keluar bilik, laju jee... dan yang paling best insyirah skrg dh pandai main kejar2 (dl pandai gak tp main redah je nk lari, skrg tul2 pandai wat dua tiga pusingan n lari dari si pengejar hehe), dan pandai mengeksperesikan emosi dan memahami situasi orang sekeliling.. andai org sekeliling hepi, hepilah juga insyirah.. tp kalau sebaliknya, dialah org pertama yg akan memeluk dan mencium tanda prihatin..

dan yang paling best.. aksinye time amik gamba mmg mencuit hati heheh. cuba insyirah tgk aje gamba anak ummi yg tak kenal erti penat n lelah ni heheh. time ni ayah n ummi bwk insyirah jalan2 kat tmn tasik cempaka... ptg2 hujung minggu kan...

ada mcm adik sin chan kaaa..?

pk.. "nk wat posing pe ye...?"
ker... ade jejaka lalu dpn sane? heheh

si budak kecik yg tak perasan ummi amik gambar dia dr atas heheh
(ummi siap panjat tembok batu nk amik scene ni tau :) )

alahai.. ngan tgn2 nye bergerak control cun heheh :)

ayah.. cakk... ??

perkembangan terbaru insyirah..
panjat + meniarap atas meja????

21 April 2010

Jom amik gambar!

0 comments
soalan auntie n uncle,
"baby ni dah berapa tahun?"
hihihihii...

salam.. kalu nk tau salah satu kegemaran insyirah.. hehe. tak lain tak bukan, suka bergambar! seawal 2 bln dah tau ade org nk amik gambar dia.. skrg ni lagi la, dh pandai melentuk liukkan kepala bila kita cuba letakkan sesuatu yg fokus padanya. Allah Maha Bijaksana, diberikan si anak kecil kepandaian utk mengecam kamera / telefon kamera untuk ambil gambar. tak perlu bersusah payah pujuk kata nak ambil gambar ke apa, insyirah sendiri akan buat aksi2 menarik utk diambil! seronok pulak bermain dengan si kecil yg makin memahami dan cerdik niee.. tgk sajalah gambar2nya... hehe..

elok2 je main tarik2 langsir...
ummi pegang telefon je.. diam n senyum :)

ada makanan di depan..
nk terkam camerawoman kee... makanan ni? :)

po... da ... gamik... :)

13 April 2010

anak ummi kena warded

0 comments

tanggal 07-02-10... insyirah kena warded.. sebabnye, insyirah disyaki dijangkiti kuman yg tiada nama dan dengan kata orang-orang kebiasaan cam kita ni, terkena campak minor.. insyirah mula menampakkan tanda2 demam sejak 5 hari sebelum tu, bile nek mah pengasuhnya bagitau insyirah demam dan waktu malam tubuh insyirah mmg panas.. terasa bahang kita yang tidur di sebelahnya. macam2 cerita dan derita dilalui insyirah sebelum dimasukkan ke wad tapi ummi redha dan harap insyirah boleh terima setiap manusia ada kelemahannya tersendiri. cerita penuh tentang perjalanan insyirah di klinik hingga dimasukkan boleh la anak ummi refer kat blog ummi ye..


insyirah... ketenangan hati ummi... sentiasa tenang walau apa pun berlaku.. dan kerana ketenangan yang diserlahkan insyirah, air mata ummi selalu menitis akan derita yang anak ummi rasai... terima kasih ya Allah.. Kau kurniakan pada ku seorang anak yang begitu tabah menghadapi dugaan...


entah apa la yang diintai insyirah tu..

eh.. br perasan org amik gamba dia ek syg?

then teruskan bermain walau keadaan masih lesu n tak bermaya..

12 April 2010

cubaan pakai tudung...

0 comments
salam... lama sudah ummi tak update blog anak ummi ni, dekat 5 minggu.. sorry sayang, kesibukan menggalas amanah terpaksa ummi pendam rasa w.pun hati rasa melonjak nak update blog kesayangan ummi ni. ummi tak ke mana pun, cuma agak sibuk menguruskan kerja dan tugas sebagai seorang pelajar, pekerja, suri dan usahanita yg menjadikan ummi terkejar2 dek ms yg agak suntuk... alhamdulillah musim kesibukan melampau itu dah berakhir, kini hanya tinggal kesibukan biasa. tp itu tak bermakna ummi terlepas utk ambil gamba anak ummi yg comei ni heheh.. cuma tak sempat nk update blog je...

oklah insyirah tgk gambar insyirah ms auntie cuba utk pakaikan insyirah tudung yg nenek belikan ms soping kat terengganu ari tu... ye. ayah dan ummi sepakat tak mo pakaikan insyirah tudung skrg, insyaAllah tunggu satu hari yg kami dh tentukan dlm ms yg agak terdekat, biarlah ummi rs puas pakaikan segala aksesori kepala yg pelik2 dan mahal2 dl nnt kita pakai tudung ye nak! heheh.. so... enjoy the pic :)

waa... ala2 ustazah mana ni ye?

hai....

heheh senyum sayang ... :)

04 March 2010

mainan pertama insyirah

0 comments
pagi ni ummi rs nk mulakan sesi ke-2 di pejabat dgn update gambar n cerita utk ank ummi. teringat ms anak ummi sorang ni, kami masih tak pasti insyirah minat apa, tp apa yg pasti semua mainan yg ummi beli tak menarik perhatian tp bila ummi bg yg satu ni... dia cukup suke.. meh tgk mainan pertama apa yg telah membuatkan insyirah terpegun + seronok bermain... tadaaa...

haaa.. bantal come ni yg menjadi pilihan..
pemberian auntie ha
anyway tq auntie ha sbb sudi bg hadiah.. hehe

tgk tu ralitnye insyirah main..

sampai tenyeh2 kat hidung nya :)

last sekali... dh penat bermain so letak je pangku saja bantal come ni kat tgnnye :)


02 March 2010

gambar ms insyirah mula makan

0 comments
salam... pagi ni ummi rasa tak bape sihat.. masih ade mood nk wat keje tp internet pulak k.o so tak bole wat keje.. teringat pulak ummi pagi takdi, terkejar2 ngan insyirah n ayah dek kerana terlewat bgn. x tau dan x sempat nk salahkan mana2 pihak, masing2 berkejaran kerana risau ummi terlewat masuk opis! (tp mmg lewat pun hehhhh.. owh anakku jgnlah diikut perangai ummi ini..)

alang2 dh pakai lappy (tujuan asal nk check coding mana2 yg bertompok dan berlubang nk baiki sbb nk present jumaat ni tp sbb internet down so tercheck gamba2 anak ummi pulak daaa) so meh la ummi update sikit gamba2 dan aktiviti2 insyirah yg dah lepas eekk.. sorry la syg entry asik gamba lama2 jer... meh tgk salah satu aktiviti insyirah kat umah nenek n tok ayah.. iaitu...

heheh.. eat time! sllnye auntie2 akan suap insyirah makan buah..
antara buah kegemaran insyirah : oren :)

anak ummi ni pantang nampak kamera, sambil makan pun sempat lagi tu menjenguk heheh

sambil menyelam minum air,
sambil makan tgk iklan tv.. heheh

ok last gambar syg.. amboi.....
nmpk ketembaman berkat air susu ibu heheh

 

Nasnizal's Kids Corner - Permata Hati Umi & Ayah Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez